Biarkan Isteri Menyakitimu Wahai Suami..

loading...

DARI Muadz bin Jabal radhiyallahu anhu, Nabi sallallahu alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تُؤْذِى امْرَأَةٌ زَوْجَهَا فِى الدُّنْيَا إِلاَّ قَالَتْ زَوْجَتُهُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ لاَ تُؤْذِيهِ قَاتَلَكِ اللَّهُ فَإِنَّمَا هُوَ عِنْدَكِ دَخِيلٌ يُوشِكُ أَنْ يُفَارِقَكِ إِلَيْنَا

“Jika seorang isteri menyakiti suaminya di dunia, maka calon isterinya di akhirat dari kalangan bidadari akan berkata:
“Janganlah engkau menyakitinya. Semoga Allah MENCELAKAKANMU sebab dia hanya sementara berkumpul denganmu. Sebentar lagi dia akan berpisah dan akan kembali kepada kami.” [HR. Tirmidzi no. 1174 dan Ibnu Majah no. 2014. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan baahwa sanad hadis ini hasan]
Beberapa manfaat dari hadis di atas: 
gambar hiasan
– Bidadari syurga yang dimaksudkan adalah wanita yang putih matanya begitu putih dan hitam matanya begitu hitam. Matanya begitu mempesona.
– Hadis di atas menunjukkan isteri tidak boleh menyakiti hati suaminya seperti tidak taat kepada suami dalam hal yang makruf (perkara kebaikan).
– Namun pasangan suami isteri hendaklah tetap berlaku baik di antara satu sama lain supaya ikatan cinta suami isteri akan terus berkekalan.
– Allah menjanjikan balasan bagi orang beriman dengan mendapatkan pasangan yang suci, enak dipandang, yang membuat seseorang begitu cinta dan rindu padanya.
– Syurga, bidadari dan segala kenikmatannya telah wujud ketika ini.
– Dunia negeri ujian, sedangkan akhirat negeri balasan.
Jadi, setiap kali isteri anda menyakiti anda, renunglah hadis di atas dan senyumlah..
Kredit: rumaysho.com
loading...

0 Response to " Biarkan Isteri Menyakitimu Wahai Suami.. "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close