Ketahui cara cepat kuruskan badan melalui Diet Mayo

loading...

Apa Itu Diet Mayo?

Diet Mayo adalah diet yang pantang makan garam! Pelaksanaanya selama 13 hari sahaja dan cukup dilakukan sekali dalam setahun. Prosesnya, ketika program diet berjalan, seluruh kadar garam dalam tubuh akan dikeluarkan bersama air melalui ‘feses’ dan urin.

Sepanjang mengikuti Diet Mayo, anda disarankan minum air putih secukupnya supaya tidak dehidrasi. Biarpun anda mahu cepat kurus, anda sama sekali tidak digalakkan mengamalkan diet ini secara jangka panjang kerana ia akan menggangu gerak kerja organ tubuh seperti otak dan jantung.

Perlu diketahui, garam yang terdapat pada makanan akan menambah volume air, sedangkan menyebab kegemukan salah satunya terlalu banyak air dalam tubuh.

Berikut adalah antara menu Diet Mayo yang boleh anda praktik dalam program diet sihat ini.

Hari 1- Hari Ke-8

Sarapan:  Secawan kopi atau teh + gula.
Makan Tengahari:  2 biji telur rebus + sebiji tomato + sayur bayam (direbus).
Makan Malam: Sepotong daging bakar + lada putih ( letakkan juga ‘lettuce’ (sayuran berdaun hijau untuk dibuat salad) dicampur perahan lemon + satu sudu besar olive oil).

Hari Ke- 2 – Hari Ke-9

Sarapan: Secawan kopi atau teh + gula
Makan Tengahari: Sepotong daging bakar + buah pear + lada putih ( letakkan juga ‘lettuce’ yang dicampur dengan perahan lemon + satu sudu besar olive oil).
Makan Makan: Dua keping hirisan daging ayam rebus + segelas yoghurt.

Hari Ke-3 – Hari Ke-10

Sarapan: Secawan kopi atau teh + sekeping roti bakar.
Makan Tengahari: Daun seledri kukus + sebiji tomato + sebiji buah segar.
Makan Malam: 2 biji telur rebus + 2 keping hirisan daging ayam rebus + lada putih (masukkan ‘lettuce’ yang dicampur dengan perahan lemoh + I sudu besar olive olive).

Hari Ke-4  –  Hari Ke-11

Sarapan: Secawan kopi atau teh + gula.
Makan Tengahari: Sebiji telur rebus + 1 lobak merah yang diparut/dibuat jus + keju (60 gram).
Makan Malam: Satu magkuk buah-buahan + lada putih (masukkan ‘lettuce’ dicampur perahan lemon + 1 sudu besar olive oil + segelas yoghurt.

Hari Ke-5 – Hari Ke-12

Sarapan: 1 lobak merah besar diparut/dibuat jus + lemon.
Makan Tengahari: Sepotong daging ikan yang dibakar/kukus.
Makan Malam: Sepotong daging dibakar + lada putih (masukkan ‘lettuce’ dicampur dengan perahan lemon + 1 sudu besar olive oil) dan seledri kukus.

Hari Ke-6 – Hari Ke-13

Sarapan: Secawan kopi atau teh + gula + sekeping roti bakar.
Makan Tengahari: 1 Dada ayam direbus + lada putih ( masukkan ‘lettuce’ yang dicampurkan dengan perahan lemon + 1 sudu besar olive oil + lemon.
Makan Malam: 2 biji telur rebus  + lobak merah diparut/dibuat jus.

Hari Ke- 7

Sarapan: Secawan teh tanpa gula.
Makan Tengahari: Sepotong daging bakar + buah segar.
Makan Malam: Puasa, tapi boleh minum air secukupnya.


Sumber : http://mediasosialkini.blogspot.my/2016/03/ketahui-cara-cepat-kurus-dengan-diet.html
loading...

0 Response to "Ketahui cara cepat kuruskan badan melalui Diet Mayo"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close