Pernahkah anda terfikir bagaimana kedai dobi 24 jam boleh bertahan lama dengan saingannya ?

loading...


Buang harga bunuh diri...

Suatu ketika dahulu di Sek 7 Shah Alam, banyak kedai dobi dibuka umpama cendawan tumbuh selepas hujan.

Orang baru niaga masih amatur, mereka tiada strategi lain kecuali buang harga.

Maka bermulalah episod buang harga dari harga standard RM3/kilo sehinggalah mencecah RM1/kilo.

Customer memang suka harga murah tapi tokey dobi ni lupa sewa kedai makin mahal, kos sabun dan lain-lain makin naik, gaji makin naik dan kos of living makin tinggi.

End up walau ramai pelanggan tapi profit sedikit kerana kos tinggi dan revenue yang sederhana, akhirnya tak banyak kedai dobi bertahan.

Tapi hari ni tokey dobi seksyen 7 dah insaf dan ada solution bagi masalah ni.


Bagaimana mereka bangun semula ?


Sebenarnya tiada teknik rahsia yang mereka gunakan. Setelah masing-masing pening dengan perang harga sesama kedai dobi, mereka asyiknya sepakat duduk semeja berbincang masalah ini.

UNITED WE STAND, DIVIDED WE FALL.

Akhirnya Persatuan Pengusaha Kedai Dobi Seksyen 7 di tubuhkan. Antara peranan utama persatuan ini ialah meletakkan satu HARGA STANDARD bagi semua kedai dobi Seksyen 7.

Semua kedai dobi di Seksyen 7 di bawah persatuan menggunakan harga RM2.50 / KG. (2015)

Peranan kedua ialah EDUCATE bisnes dobi baru tentang pentingnya menggunakan harga yang standard bagi bisnes mereka.

Apabila ada kedai dobi baru akan dibuka, mereka akan invite owner ke perbincangan persatuan dan owner newcomer kedai dobi akan didedahkan statistik jualan apabila bermain harga VS apabila harga jualan standard di gunakan.

Oleh itu newcomer tidak berani bermain harga kerana tahu mereka akan rugi dalam jangkamasa panjang, kerana berdasarkan statistik jualan dan NOMBOR TIDAK PERNAH MENIPU.

Seperti pesan seorang sifu, jika boleh makan NASI LEMAK AYAM, kenapa pilih NASI KOSONG?

Peranan ketiga ialah, BULK PURCHASE barangan dobi! Salah satu cara untuk naikkan keuntungan ialah kurangkan kos. Dengan membuat pembelian yang banyak melalui persatuan, pengusaha dobi dapat membeli sabun dan peralatan lain dengan harga jauh lebih murah!

Teknik Persatuan ini sangat sesuai digunakan jika bisnes anda berada di kelompok yang padat penuh saingan seperti Seksyen 7.

Kalau post ini berguna, klik SHARE ya supaya lebih ramai boleh dapat manfaat.


Kredit : Muhammad Fathur Rahman
loading...

0 Response to "Pernahkah anda terfikir bagaimana kedai dobi 24 jam boleh bertahan lama dengan saingannya ?"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close