Sudahlah terpaksa jadi bidan terjun, lebih panik apabila lihat bayi keluar punggung dahulu

loading...


SEREMBAN - "Saya panik bila tengok punggung bayi dulu yang keluar, tapi melihat si ibu yang mengerang kesakitan, saya beranikan diri membantunya bersalin."

Demikian cerita Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Dun Ampangan, Latteffah Ali tentang pengalamannya membantu seorang wanita berusia 25 tahun menyambut kelahiran anak pertamanya di Ampangan dekat sini, semalam, semalam.

Menurutnya, rakannya yang juga majikan kepada wanita tersebut menghubunginya kira-kira jam 9 pagi meminta tolong membawa pekerjanya itu ke hospital kerana sudah sakit mahu bersalin.

“Masa dalam perjalanan saya sudah hubungi ambulans, tapi sebaik sampai di rumah wanita itu saya tengok dia sudah terbaring mahu bersalin.

“Suaminya tiada di rumah, pergi bekerja dan ketika itu hanya ada saya dan kawannya sahaja. Masing-masing panik kerana dia memang sudah mahu bersalin dan lebih panik lagi bila saya tengok bayi itu songsang,” katanya.

Latteffah berkata, mahu atau tidak dia perlu beranikan diri membantu wanita tersebut untuk bersalin demi menyelamatkan bayi.

Katanya, dia cuba menenangkan wanita itu dan sebaik sahaja rakannya dan ambulans sampai mereka sama-sama membantu proses kelahiran bayi berkenaan.

“Saya tekan perut dan kawan saya pula menarik bayi keluar dan Alhamdulillah…tidak sampai satu jam, kami semua telah selamat menyambut seorang bayi perempuan comel.

“Sudah tentu ini menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh saya kerana pertama kali turut serta menjadi ‘bidan terjun’, katanya.


Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/panik-bila-tengok-punggung-bayi-sudah-keluar-1.549161
loading...

0 Response to "Sudahlah terpaksa jadi bidan terjun, lebih panik apabila lihat bayi keluar punggung dahulu"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close