( TRENDING ) Akibat Salah Faham, Suami Binatang Sanggup Simbah Air Panas Isteri Mengandung.. Perkosa kekasih hingga lahir Anak !!

loading...
Simbah isteri mengandung dengan air panas, perkosa kekasih hingga lahir anak


MOHD Rhozali Setapa dijatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan selepas mengaku salah mencederakan isterinya dengan menyimbah air panas. - Foto Mohd Syafiq Ridzuan Ambak

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dipenjara 16 tahun dan lima sebatan oleh dua mahkamah berasingan di sini hari ini, selepas mengaku salah atas dua pertuduhan.

###Di Mahkamah Sesyen 1, Hakim Mohamad Haidar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan dua sebatan terhadap Mohd Rhozali Setapa, 25, selepas mengaku salah mencederakan isterinya dengan menyimbah air panas.

Tertuduh yang bekerja sebagai buruh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Siti Fatihah Abdullah, 19, jam 11 malam pada 18 September lalu, di kediaman mereka di Tepoh, Batu Rakit, Kuala Nerus.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.#

Mengikut fakta kes, pasangan itu berselisih faham kira-kira jam 11 malam pada 18 September lalu, sebelum tertuduh menyimbah air panas ke perut dan lengan kanan isterinya yang mengandung anak kedua mereka sehingga melecur, selain menampar dan menyepak kepala mangsa.#

Di Mahkamah Sesyen 2, Mohd Rhozali dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas mengaku salah merogol teman wanitanya sehingga melahirkan anak perempuan, lima tahun lalu.#

Keputusan dibuat Hakim Rofiah Mohamad selepas tertuduh mengaku merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun di sebuah rumah di Tepoh, di sini, antara jam 4 petang hingga 6 petang, pada Mac 2011.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
loading...

0 Response to "( TRENDING ) Akibat Salah Faham, Suami Binatang Sanggup Simbah Air Panas Isteri Mengandung.. Perkosa kekasih hingga lahir Anak !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close