( TRENDING ) �Takpe cik, saya BAYARKAN nasi ni, relaks, kita makan dulu, nanti baru fikir,� -- VIRAL Abg Trafik payung LUNCH akibat Dompet Hilang.. Semoga Dimurahkan rezeki Abg Trafik.. Aaminn !!

loading...

REZEKI� Seorang netizen terkejut apabila ada individu yang sudi membantunya selepas tidak mempunyai wang untuk membayar makanan.

###Kejadian ini dikongsikan Zaparudin Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Zapa melalui akaun Facebooknya semalam.
Menurutnya, ketika makan di sebuah gerai di Kampung Baru, Kuala Lumpur, dia menyedari beg dompetnya tertinggal menyebabkan dia tidak mampu membayar makanan yang diambilnya di gerai berkenaan.
�Alamak!! Mana wallet aku? Nasi dan lauk dah ambil.. Camne ni???� katanya.
Dalam keadaan bingung itu, seorang lelaki menegurnya dan bertanya mengenai masalah yang dialaminya.
�Takpe cik, saya bayarkan nasi ni, relaks, kita makan dulu, nanti baru fikir,� kata lelaki yang membantunya.
Hilang Dompet, Polis Trafik Belanja Makan
Ketika menikmati makanan, Zapa berbual dengan lelaki tersebut dan mengetahui dia adalah seorang anggota polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang baru pulang dari bertugas.
Zapa yang juga pengerusi sebuah badan bukan kerajaan berkata, bersyukur dan berterima kasih kepada anggota polis berkenaan kerana membantunya.
�Alhamdulillah� Saya dipertemukan dengan orang yang baik.. Dalam hati saya kata ramai sebenarnya abang-abang polis yang baik hati� Cuma kadang-kadang kita lagi banyak jumpa benda yang buruk dari yang baik..,� katanya yang dipetik dari statusnya di Facebook.#
Anggota trafik yang dikenali sebagai Mohd. Azrieq Qawiem itu turut memberikan komen dalam status tersebut dengan menyatakan tindakannya itu adalah rezeki dari Allah yang dikongsi bersama.
Status tersebut turut dikongsikan Friends of PDRM dalam akaun Facebook dan mendapat pujian daripada netizen.#
loading...

0 Response to "( TRENDING ) �Takpe cik, saya BAYARKAN nasi ni, relaks, kita makan dulu, nanti baru fikir,� -- VIRAL Abg Trafik payung LUNCH akibat Dompet Hilang.. Semoga Dimurahkan rezeki Abg Trafik.. Aaminn !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close