( TRENDING ) Takziah.. Insiden Go Kart : Bapa, Anak Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad, Anak Sulung Masih Kritikal..

loading...

Insiden Go Kart : Bapa, Anak Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad, Anak Sulung Masih Kritikal


#########KUANTAN: Dua beranak yang terkorban ketika menonton perlumbaan Perlumbaan Inovasi Pendidikan Sukan Motor dan Automotif (EIMARace) 2106, di Indera Mahkota, di sini dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, di sini, kira-kira jam 11.10 malam ini.#

Terdahulu, solat jenazah untuk Allahyarham Izwan Isa, 38, dan anak perempuannya, Nur Zulaikha, lima tahun, diadakan di Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota yang dihadiri lebih 600 orang termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, rakan dan saudara mara mangsa.#

Izwan yang bekerja sebagai penyelia di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Gebeng, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya, Nur Zulaikha di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.#

Sementara itu, isterinya, Siti Suhaiza Seman, 38 yang juga guru j-QAF (Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain) di Sekolah Kebangsaan (SK) Indera Mahkota Utama cedera ringan manakala anak lelaki sulung pasangan itu, Muhammad Izz Danial Izwan, tujuh tahun, masih kritikal dan dirawat di HTAA.#
loading...

0 Response to "( TRENDING ) Takziah.. Insiden Go Kart : Bapa, Anak Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad, Anak Sulung Masih Kritikal.."

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close