( TRENDING ) " Tokse Doh ! " -- Respon Kecewa Datuk Seri Vida taja Pasukan TRW !!

loading...



###Kuala Terengganu: Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida kini tidak mahu lagi terbabit dalam penajaan bidang sukan sebaliknya akan memberi perhatian dalam bidang perfileman dan produk kecantikan serta kesihatan.
Penajaan dalam bidang sukan bukan lagi menjadi keutamaannya kerana tidak memberi impak positif kepadanya sebagai seorang usahawan.#
"Sudah banyak yang saya lakukan terutamanya kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) tetapi ia sungguh mengecewakan.
"Selain membelanjakan wang yang banyak, saya juga teruk dikecam sejak terbabit dengan bola sepak.
"Macam-macam orang kata dan memang pedih serta berasa sungguh kecil hati berbanding dengan apa yang saya sudah lakukan untuk pasukan PQPTRW," kata Pengasas Vida Beauty itu sekali gus membayangkan tidak akan lagi menaja pasukan bola sepak Kelantan musim depan.#
Selain berhadapan dengan penarikan tajaan itu, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kini turut dikhabarkan akan menghadapi penghijrahan keluar beberapa pemain berstatus bintang pada musim depan.#
loading...

0 Response to "( TRENDING ) " Tokse Doh ! " -- Respon Kecewa Datuk Seri Vida taja Pasukan TRW !!"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close