( VIRAL ) Elak Gangguan Makhluk Halus.. Gantung Baju Merah Depan Rumah Elak Gangguan �Hantu Janda� !

loading...
Gantung Baju Merah Depan Rumah Elak Gangguan �Hantu Janda�

#####Ketakutan manusia terhadap makhluk supernatural bukan kerana potensi ancaman fizikal, tetapi datangnya daripada perlakuan hantu yang tidak dapat diduga akal.

Namun, berlainan pula kisahnya di sebuah penempatan di Surin,Thailand, yang mengambil langkah menggantung t-shirt merah di pintu rumah masing-masing bagi menghalau seekor �hantu janda� atau �pee mae mai� yang mengganas di kampung nereka.

Menurut laporan Bangkok Post, atas saranan bomoh yang dilantik, penduduk Tha Sawang terpaksa menggunakan cara tersebut selepas digemparkan dengan kematian mengejut 10 orang pemuda kampung itu kononnya akibat dibunuh hantu janda yang dahagakan kasih sayang.#

Dalam lagenda Thai, menggantung perca kain berwarna merah di hadapan kediaman merupakan kaedah efektif untuk mengelakkan gangguan makhluk halus.

Bahkan, mereka yang tidak mempercayai mantra pawang itu turut menjadikannya aktiviti peringkat kampung dengan menggantung baju merah bagi menghormati kepercayaan jiran tetangga.

Boleh pulak gitu kan.

�Beberapa orang mangsa yang terkorban tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit sebelum meninggal dunia.#

Saya tak berapa nak percaya kisah mistik ni, namun saya respek pendirian penduduk yang lain,lalu turut serta meletakkan t-shirt merah di hadapan rumah saya,� terang seorang penduduk kepada Bangkok Post.

Namun, apa yang lebih menarik mengenai insiden �pesta halau hantu� ini adalah t-shirt merah merupakan simbol salah satu kumpulan politik Thailand, iaitu UDD atau Kesatuan Demokrasi Anti-Diktator yang menyokong pemerintahan bekas Perdana Menteri Thailand,Yingluck Shinawatra.#

loading...

0 Response to "( VIRAL ) Elak Gangguan Makhluk Halus.. Gantung Baju Merah Depan Rumah Elak Gangguan �Hantu Janda� !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close