( VIRAL ) �Seterusnya dia ambil pisau dari tempat duduk dan hanya selepas ini baru si mati menunjukkan kesediaan untuk disetubuhi.. " -- Pembunuh Paling Kejam Di Malaysia �Ahmad Najib� Akhirnya Dihukum Gantung !

loading...

Pembunuh Paling Kejam Di Malaysia �Ahmad Najib� Akhirnya Dihukum Gantung

okl
Pembunuh Paling Kejam Di Malaysia �Ahmad Najib� Akhirnya Dihukum Gantung|
#########Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh penganalisis teknologi maklumat, Canny Ong pada 2003.#
Seorang jurucakap dari Jabatan Penjara mengesahkan bahawa hukuman ke atas Ahmad Najib telah dilaksanakan pada kira-kira pukul 6 pagi dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di Kajang, dekat sini.#
Pada 23 Februari 2005, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap Ahmad Najib kerana merogol dan membunuh Ong, 29, di KM11 Jalan Klang Lama antara pukul 1 pagi dan 5 pagi pada 14 Jun 2003.#
Ia susulan keputusan sebulan suara oleh Mahkamah Persekutuan pada Mac 2009 untuk mengekalkan hukuman mati di atas kesalahan yang dilakukannya terhadap Ong, yang mana mayat rentung mangsa dijumpai di dalam lubang pembentungan.#
Menyingkap kes Canny, ia mendapat perhatian luar biasa dan menggemparkan rakyat negara ini. Barangkali kerana memiliki sensasi seksual dan elemen �hiburan� apatah lagi wanita kacukan Cina dan India ini cantik dan berperwatakan menarik.#

Kisah Pembunuhan Canny Ong  Bemula
Canny Ong  Baju Putih
Canny Ong Baju Putih
Kisah ini bermula dengan sebuah parti keraian tetapi berkesudahan dengan tragedi yang membingungkan. Apabila Canny menghadiri makan malam bersama kawan-kawannya pada hari Jumaat 13 Jun 2003, tiada siapa yang tahu ia sebenarnya menjadi majlis perpisahan mereka untuk selama-lamanya.#
Seperti Canny, ibunya Pearley Viswanathan dan kakaknya Elsie tiba di tempat letak kereta dalam Pusat Beli-belah Bangsar dan bergegas ke restoran Monte.
Tiada seorang pun antara mereka yang sedar tiket parkiran tertinggal di dalam kereta � tiket yang menjadi permulaan kisah yang membawa kepada kematian Canny.#
Bagi Canny, makan malam itu sungguh menyeronokkan kerana ia menghimpunkan semula keluarga dan rakan-rakan lamanya. Kebanyakan mereka tidak pernah Canny temui sejak dia berkahwin dengan Brendan Ong di Malaysia pada Disember 2000.#
Pada pukul 10.30 malam, Canny terpaksa pulang kerana keesokan harinya dia akan terbang ke kediamannya di San Diego, Amerika Syarikat. Canny, Elsie dan Pearley berada di mesin pembayaran automatik di tingkat bawah apabila mereka menyedari tiket parkiran tidak dibawa bersama.#
Canny bergegas ke kereta. Apabila dia tidak muncul-muncul selepas 30 minit, Pearley dan Elsie mencarinya.#
Dibakar di lubang pembentungan.
kol

Mereka kemudian mendapatkan bantuan pengawal keselamatan dan selepas puas memujuk, mereka dibenarkan menonton rakaman daripada kamera litar tertutup di bangunan tersebut.#
Apa yang dilihat amat memeranjatkan. Kereta Proton Tiara milik Pearley dipandu laju dan merempuh penghadang laluan keluar.#
Pelbagai spekulasi muncul selama beberapa hari hinggalah mayat Canny dijumpai dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembentungan di Kilometer 11.2 Jalan Klang Lama, Petaling Jaya dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada.#
Kakinya pula terjuntai keluar dari lubang tersebut manakala tubuhnya dihimpit di bawah dua buah tayar besar berisi simen, empat hari selepas dia dilaporkan hilang. Mayat itu ditemui empat hari selepas kehilangan Canny.#
Semasa kemuncak kes itu, terdapat banyak persoalan timbul khususnya kenapa Canny tidak cuba menyelamatkan diri kerana dia telah mendapat dua peluang terbaik untuk berbuat demikian tetapi mendiang memilih untuk terus bersama Ahmad Najib.#
Inilah tanda tanya yang terus menjadi misteri hingga kini. Persetubuhan Ahmad Najib dan Canny juga menimbulkan kesangsian.#
Tertuduh dalam pengakuannya menganggap hubungan seks dengan Canny adalah atas kerelaan mangsa.#
Malah wanita itu tidak menangis atau memarahinya � isu yang diutarakan barisan peguam belanya bahawa Canny mengizinkan dirinya disetubuhi Ahmad Najib.#
Bagaimanapun, perbuatan Ahmad Najib mengeluarkan sebilah pisau ditafsir mahkamah sebagai tindakan mengugut bagi membolehkan Ahmad Najib merogol mangsa.#
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Muhamad Ideres Muhamad Rapee Muhamad Ideres dalam penghakiman pada 23 Februari 2005 berkata, Ahmad Najib mengakui mengajak Canny melakukan persetubuhan tetapi wanita itu cuma berdiam diri.#
�Seterusnya dia ambil pisau dari tempat duduk dan hanya selepas ini baru si mati menunjukkan kesediaan untuk disetubuhi.#
�Tindakan itu dan dilakukan di tempat yang agak sunyi pada pukul 12 tengah malam ialah satu bentuk ugutan jenayah,� katanya.#
�Saya mahu ke syurga�#
Ironi pada saat-saat akhir hidupnya, Canny dilaporkan seperti merelakan kematiannya dengan berkata kepada Ahmad Najib: �Biarkan saya bersendirian, saya mahu ke syurga.� Sesungguhnya, cerita di sebalik pembunuhan Canny masih misteri.#
Sepanjang prosiding selama 52 hari yang mendengar keterangan 44 saksi pendakwa, mahkamah diyakinkan melalui bukti amat mantap dan �berlebihan�. Ahmad Najib akhirnya didapati bersalah kerana merogol dan membunuh Canny.#
Dia dihukum gantung sampai mati kerana kesalahan membunuh dan penjara maksimum 20 tahun serta 10 sebatan kerana merogol.#
capture
kolks
koks
loading...

0 Response to "( VIRAL ) �Seterusnya dia ambil pisau dari tempat duduk dan hanya selepas ini baru si mati menunjukkan kesediaan untuk disetubuhi.. " -- Pembunuh Paling Kejam Di Malaysia �Ahmad Najib� Akhirnya Dihukum Gantung !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close