( VIRAL STORY ) �Bila tak angkat mayat, jiwa saya kacau macam benda itu memanggil-manggil saya. Saya jadi tak keruan dan tertanya-tanya bila masa lagi saya akan jumpa mayat,� -- Pemandu Van Mayat Kongsi Pengalaman yg Menyeramkan !

loading...

Image result for van mayat

Jiwa kacau jika lama tak bawa mayat - Pemandu van mayat polis trafik.#


BILA lama tidak angkat mayat, hati saya jadi tak menentu,� demikian cerita Pemandu Van Mayat Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Koperal Syuhizam Mohamad Idris, 40.#

Dia yang sudah tujuh tahun bergelumang dengan mayat mangsa kemalangan maut mengakui sudah hilang rasa takut atau gerun.#

�Bila tak angkat mayat, jiwa saya kacau macam benda itu memanggil-manggil saya.#

�Saya jadi tak keruan dan tertanya-tanya bila masa lagi saya akan jumpa mayat,� katanya.#

Beliau yang bertugas sebagai polis selama 20 tahun ditugaskan membawa van mayat sejak tujuh tahun lalu.#

Pada awalnya, dia enggan bergelar pemandu van mayat berikutan perasaan takut dan bimbang.#

�Pertama kali tengok mayat, perasaan bercampur baur datang termasuk takut dan seram.
#
�Lama-lama saya jadi seronok dan puas bila bantu orang angkat mayat,� katanya yang turut bertugas sebagai Penyelia Sistem di bahagian Trafik IPD Klang Selatan.
#
Bagaimanapun minat Syuhizam terpadam apabila dia diarahkan bertugas di bahagian lain.#

Kerana minat, dia sanggup merayu pada ketuanya agar membenarkan dia membawa van mayat semula.

Diganggu badi mayat#

Berkenaan gangguan, Syuhizam berkata, selama dia bekerja hanya empat bulan lepas benda-benda ghaib ini mengganggu keluarganya.#

�Selepas angkat dan hantar mayat ke bilik mayat, saya balik ke rumah.#

�Sebaik lihat saya, anak angkat saya yang berusia setahun mula menangis, macam takut untuk pandang muka saya.

�Alhamdulillah selepas berubat, anak saya kembali pulih,� katanya.#

Berkenaan kejadian ngeri yang tidak dapat dilupakannya, dia berkata, kejadian itu berlaku di Bukit Raja apabila seorang lelaki hancur digilis sebuah lori kontena.#

�Dia hancur dari kaki sampai ke kepala hingga kami semua menitis air mata tengok mayat itu.#

�Bagaimanapun kejadian lain tidak banyak bezanya melibatkan putus kaki, tangan dan macam-macam lagi,� katanya.#

Tambah pengetahuan#

Suami kepada Sarjan Norhashikin Kamarudin, 38, dan bapa kepada tiga anak iaitu, Putra Aidil Najmi, 15, Putry Anis Sofea, 13 dan Putry Syafinaz Balqis, sembilan tahun, berkata, sejak bergelumang dengan mayat hampir saban hari, dia mula menambah pengetahuan berkenaan pengurusan jenazah termasuk cara memandikan mayat dan solat jenazah.#

�Perasaan itu terpanggil apatah lagi rasa insaf itu datang dengan sendiri tatkala lihat mayat yang mati dalam pelbagai keadaan,� katanya.#

Walaupun hampir saban hari bergelumang dengan mayat katanya, beberapa perkara perlu diberi #perhatian bagi mengelak gangguan.

�Pertama, niat di hati sebab nak bantu mayat itu tak kira sama ada Islam mahupun bukan Islam.#

�Jangan tengok kepala sebaliknya pandang dari kaki perlahan-lahan sambil berselawat.#

�Kita juga dilarang meludah di kawasan lokasi #kejadian kemalangan atau berhampiran mayat sebab perbuatan itu dianggap tidak sopan,� katanya.

Selain itu, jangan sekali-kali menegur atau memperkatakan tentang ketidaksempurnaan mayat kerana ia jelas mengutuk ciptaan Allah.#

�Apa yang kita lakukan mestilah diiringi dengan kejujuran.#

�Jangan sesekali mengeluh kerana ia adalah tanggungjawab kita sebagai hamba ALLAH,� katanya.#
loading...

0 Response to "( VIRAL STORY ) �Bila tak angkat mayat, jiwa saya kacau macam benda itu memanggil-manggil saya. Saya jadi tak keruan dan tertanya-tanya bila masa lagi saya akan jumpa mayat,� -- Pemandu Van Mayat Kongsi Pengalaman yg Menyeramkan !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close