(ARTIS) Juliana Evans Bakal Nikah Tengku 'A' Tahun Depan.. Zizan Bila Lagi ?

loading...

Juliana Evans Bakal Nikah Tahun Depan



Tidak seperti selebriti lain, kisah percintaan diantara Juliana Evans dan kerabat diraja yang dikenali sebagai Tengku A tidak heboh diperkatakan orang ramai. Pun begitu, menerusi ruangan gosip Miss K, pasangan ini dikatakan bakal menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi. Malah persiapan juga kini sedang rancak dilakukan kedua belah pihak.
“Miss K dapat tahu artis jelita berwajah kacukan itu sekarang ini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan kerabat di raja Selangor itu. Khabarnya, kain pasang sudah siap diedarkan. Baik di pihak perempuan mahupun kaum kerabat terdekat pihak lelaki”
“Tambah sumber Miss K itu lagi, Juliana atau mesra dengan panggil Ju itu akan terus melangsungkan perkahwinan dengan Tengku A dan tidak ada majlis pertunangan,” tulisnya menerusi ruangan Miss K di portal Astro Gempak mengenai perkara tersebut.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai majlis bersejarah pasangan ini tidak dapat dipastikan. Masih tiada tarikh tetap mahupun tempat di mana majlis perkahwinan mereka bakal diadakan. Apapun, tahniah diucapkan kepada Jue dan pasangan jika benar berita yang tersebar ini. Semoga segala perancangan serta persiapan yang dijalankan berjalan dengan lancar.
loading...

0 Response to "(ARTIS) Juliana Evans Bakal Nikah Tengku 'A' Tahun Depan.. Zizan Bila Lagi ? "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close