(VIRAL) “Anak saya mana? Kak anak saya mana?,” - Allahuakbar... Sayu Bila Isteri Pemandu Bas bertanya....

loading...

“Anak saya mana? Kak anak saya mana?,” - Isteri Pemandu Bas



“Anak saya mana? Kak anak saya mana?,” kata salah seorang mangsa bas ekspres kepada salah seorang saksi kejadian, Robiyah Tayeb, 48, yang memberi bantuan segera di lokasi kejadian.
Robiyah yang tinggal di Kampung Jayor, di sini, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian, sempat menyelamatkan dua mangsa termasuk seorang wanita yang mendakwa isteri pemandu bas berkenaan.
“Mangsa wanita tu cedera di muka memaklumkan dirinya isteri kepada pemandu dan menyuruh kami mencari anaknya Zara (Nur Natasya Zahara Zakeer) berusia sekitar 2 tahun.
“Apabila ditemukan anaknya, kanak-kanak itu sudah meninggal dunia,” katanya.
Robiyah yang bekerja di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh arah selatan berkata, dia berasa gusar dan tidak dapat melelapkan mata sebelum tragedi malang yang meragut 14 mangsa itu berlaku.
“Saya balik kerja jam 11 malam, lepas mandi, makan dan berehat sambil menonton televisyen, pusing kiri, pusing kanan, rasa serba tak kena, tidak boleh nak tidur.
“Tiba-tiba dengar bunyi dentuman sangat kuat sebelum anak menjerit meminta tolong,” katanya.
Sementara itu, Ketua Kampong Jayor, Khairuddin Abdullah, 49, berkata, dia terjaga sejurus terdengar bunyi yang kuat sebelum anaknya menjerit meminta bantuan.
“Saya menghubungi 999 sebelum menghubungi penduduk kampung bagi membantu mangsa.
“Keadaan di lokasi gelap dan kami penduduk kampung menggunakan lampu motosikal untuk membantu menerangi kawasan kejadian,” katanya.
Menurutnya, lebuh raya berkenaan merupakan kawasan kerap berlaku kemalangan.
loading...

0 Response to "(VIRAL) “Anak saya mana? Kak anak saya mana?,” - Allahuakbar... Sayu Bila Isteri Pemandu Bas bertanya.... "

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close