(VIRAL) Tuuudiaaa... Pekan Dipenuhi Wanita Rayu Kehadiran Lelaki Bujang !

loading...

Pekan Dipenuhi Wanita Rayu Kehadiran Lelaki Bujang


Pekan Noiva do Cordeiro di sini yang hanya didiami oleh kaum wanita kini merayu mana-mana lelaki bujang untuk mengunjungi pekan itu bagi menghilangkan kesunyian terutama golongan wanita yang masih bujang, lapor Metro.co.uk kelmarin.
Pekan yang terletak di tenggara Brazil itu didiami kira-kira 600 penduduk wanita dan kebanyakan mereka terdiri daripada wanita cantik yang masih muda.
Suami kepada wanita di pekan itu hanya boleh mengunjungi mereka pada setiap hujung minggu dan anak lelaki yang sudah berusia 18 tahun pula akan dihantar ke tempat lain.
Keadaan tersebut menyebabkan ramai wanita yang masih muda dan belum berkahwin sukar mencari jodoh sehingga menyebabkan mereka berasa tertekan.
Seorang penduduk, Nelma Fernandes, 23, berkata, dia berasa tertekan kerana sudah bertahun-tahun tidak bermesra dengan lelaki.
“Kami juga mengimpikan untuk jatuh cinta dan berkahwin tetapi tidak mahu meninggalkan bandar ini untuk mencari lelaki,” katanya. – Agensi
loading...

0 Response to "(VIRAL) Tuuudiaaa... Pekan Dipenuhi Wanita Rayu Kehadiran Lelaki Bujang !"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close