(TRENDING) " Maafkan Kami.. Kami Mengaku Perbuatan Kami Salah.. " - Kumpulan Remaja Ranjat 'IPOH' Mohon Maaf

loading...

" Maafkan Kami.. Kami Mengaku Perbuatan Kami Salah.. "


Kumpulan remaja yang memanjat arca gergasi perkataan 'IPOH' mengakui kesilapan mereka dan memohon maaf atas perbuatan itu.
Jurucakap kumpulan itu, Norfarihan Baharudin, 24, berkata dirinya bersama rakan-rakan lain sememangnya berhasrat memohon maaf lebih awal sebaik mengetahui gambar dan video mereka menjadi viral, namun tidak berpeluang berbuat demikian selepas dikecam hebat oleh netizen.
"Harap semua faham, apabila dikecam masyarakat saya tidak berpeluang untuk memberi keterangan (penjelasan dan memohon maaf) dan setiap percakapan yang mahu diperkatakan juga takut untuk diberitahu (diucapkan).
"Saya mahu beritahu di sini saya dan rakan-rakan yang lain mahu meminta maaf kepada masyarakat, memang kami tahu perbuatan ini salah," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, petang ini.
Norfarihan Baharudin (tengah) bersama Nor Farina Baharudin (kiri) dan Azlina Azmi, antara remaja yang didakwa memanjat mercu tanda IPOH baru-baru ini selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Shahrul Zaman Yahya di Bangunan Perak Darul Ridzuan. - Foto NSTP/Abdullah Yusof
Norfarihan ditemani empat rakannya iaitu Azlina Azmin, 21; Nor Farina Baharudin, 22, serta Muhammad Zaki Nasarruddin dan Muhammad Faiz Roslee, yang masing-masing berusia 23 tahun.
Norfarihan berkata, dia dan rakan-rakannya berpengalaman dalam melakukan aktiviti lasak termasuk melakukan tugas lagak ngeri secara sambilan bagi penggambaran filem malah sering kali mendaki bukit dan gunung, kebanyakannya di luar negara seperti Thailand dan Vietnam.
"Kami ada latar belakang masing-masing, jadi ketika naik kami sebenarnya sudah memikirkan soal keselamatan cuma tidak menyangka perkara begini (viral dan dikecam) akan berlaku. Kami memilih mercu tanda IPOH itu kerana keunikannya," katanya.
Katanya, mereka tidak menyebarkan gambar dan video itu sebaliknya ia dilakukan pihak yang menemubualnya dan kemudian dimuat naik dalam laman blog The Vocket sebelum menjadi viral.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata perkara dilakukan kumpulan itu serta seorang lagi lelaki yang memanjat kren yang menjadi viral boleh membahayakan diri mereka dan orang lain, namun pada masa sama tidak mahu melihat isu dengan terus memberi hukuman semata-mata.
"Saya tidak menyatakan sifat mereka tidak baik, mereka mempunyai bakat tetapi tidak disalurkan di tempat yang betul.
"Justeru, saya sudah meminta Datuk Shahrul Zaman untuk melihat minat dan kelainan mereka itu dengan mengadakan satu kerjasama seperti menerusi penubuhan kelab mendaki khusus," katanya.
loading...

0 Response to "(TRENDING) " Maafkan Kami.. Kami Mengaku Perbuatan Kami Salah.. " - Kumpulan Remaja Ranjat 'IPOH' Mohon Maaf"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close