(TRENDING) Tunangku Gengster Lepasan PMR, Suamiku Gengster Lepasan SPM

loading...
Tunangku Gengster Lepasan PMR, Suamiku Gengster Lepasan SPM

Saya kenal suami lepas sekolah. Masa tengah tunggu panggilan Universiti. Masa tu belajar di tempat kemahiran. Lama sangat kawan dengan dia hampir 10 tahun rasanya. Nak kahwin asik x dapat saja..sebab apa? Seluruh ahli keluarga saya sangat membenci dia.
Kami boleh diibaratkan bagai ikan panggang dengan tongkeng ayam. Berbeza taraf pendidikan, rupa dan macam2 lagi. Sampai mak kata “ ko cantik, belajar tinggi, ada master, ada PhD, kenapa ko pilih dia jugak??”..banyak drama air mata dlm keluarga sampai mak saya tak mengaku anak. Punya lah benci dengan Bf saya masa tu. Tapi saya ni degil, tetap nak kawan dengan dia. Tipulah kalau dlm 10 tahun tu tenang je.. gaduh, baik, clash, sambung, gaduh, baik. Serius saya cakap, Bf saya ni memang merata orang kenal. Sebab nakal sangat dan muka dia pun boleh tahan gangster.
Rupa takde and memang gangster. Orang tua kalau Nampak, 1st impression mesti kata ganas. Tp saya suka kat dia sebab muka memang nampak gangster, tapi hati lembut je. Ingat lagi masa mula dating, saya cakap ngan dia , kalau nak kawan, please stop smoking.. and guess what? Dia berhenti. After berbelas tahun smoking masa tu. Dan rasa masa saya berkawan dengan dia, dia lagi banyak menangis dari saya. Saya asik cakap dia bodoh je.. sebab masa tu tak terjangkau pun nak kahwin dengan dia, because he is not my taste.
Lama sangat berkawan..dalam roundtable discussion dengan family pn, diorg mintak saya putus. Katanya carilah yang sekufu. My family semuanya elit dan white collar man..Peguam, doctor pakar, arkitek macam2. X ada yang kampong and sekolah setakat PMR mcm bf saya. Sepanjang berkawan2 tu, macam2 saya suruh dia tingkatkan diri, imagine dalam usia 28 tahun, dia pegi ambik SPM sijil terbuka.
Saya yang jadi tutor dia.. result memang xsberapa, tapi Nampak kesungguhan dia. Kalau laki lain, kirim salam jelah agaknya. Mak memang keras hati, sampai mak hampir lempang bf saya tu..tu tragedi berdarah la dalam hubungan kami. Bygkan seorang lelaki dijatuhkan maruahnya..depan adik beradik saya masa tu Bf kena panggil. Tah macamana , tahun ke10 kami kawan, dengan izin Allah, hati Mak ayah saya jadi cair. Saya jadi Dr, menjawat jawatan tinggi di kementerian dan masih suka lone ranger ke sana ke mari. Adik2 saya pun dah kawen dan saya masa tu umur 30 dah, dia pun dah 33. Masa tu hubungan dingin2 je.
Masa mak abah approved, kami terus buat keputusan utk tunang 2 bulan dan terus kahwin. Tak ada plan yang grand2. Masa tunang tulah saya nampak perangai sebenar tunang saya ni. Saya ni sakit perut, ingat nak buang angin je, sekali tu tercirit..( mesti ada yang berpengalaman kan?) peh dengan bau taik..Allah malunya saya dengan tunang saya. Siap melekat kat kereta dia. Masa pergi ke tandas untuk bersihkan diri, saya tengok dalam kereta dah clean. Tunang cakap dia bersihkan..Aduhai sejuknya hati.. Allah memang permudahkan urusan kami setelah 10 years of struggle fight. Ok pendekkan cerita kawen.
Masa 1st year kawen memang susah jugak nak tune, sebab kami banyak tak sependapat. Dan kami diuji dengan macam2 dugaan. Saya dan dia tak boleh bersama..ye tak boleh bersama dan kami pergi berubat merata. Isu lain saya ada memberontak jugak sebab 90% saya keluarkan duit untuk semua benda. Business dia tak berapa nak cantik. Tahun ke2, Alhamdulillah business dia maju sangat dan dia tak pernah lupa kat saya.
Katanya inshaAllah dia takkan lupa saya sebab saya banyak support dia, money, mental and moral. Allah juga permudahkan kami untuk dapat bersama setelah melalui pelbagai rawatan. Kalau orang lain dah gila agaknya setahun setengah kawin, tapi tak dapat lagi. Dan kini Allah rezekikan saya mengandung dengan percubaan pertama bersama.
Ajaib nya ‘Kun Fay a kun’ dari Allah. Kami dah boleh adjust diri masing2, suami layan saya teramat baik sampai saya malu. Dia tak perlu nak marah saya kalau saya buat silap, dia jeling saya je saya dah takut.. Ye memang suami x belajar tinggi, tapi dia tinggi di mata saya. Nasihat dia, kata2 dia.
Kalau saya tegur lama sangat dia tak ngaji, dia terus cepat2 qmbil wuduq capai quran. kalau saya buat salah dia cepat je cakap dia yang bersalah.. dia kata dengan isteri buat apa nak sombong, benda betul kena terima. Doa saya semoga Allah jagakan hati dia untuk saya dan hati saya untuk dia. sepanjang berkawan dulu sampai kini, saya tak pernah Nampak suami saya naik tangan and dia sayang kucing. Mak bapak saya sekarang ni suka sangat dengan dia sebab dia ni baik. End of story.
loading...

0 Response to "(TRENDING) Tunangku Gengster Lepasan PMR, Suamiku Gengster Lepasan SPM"

Post a Comment

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close