(VIRAL) Nak Elak Denda Jabatan Pendaftaran Negara Akibat IC Hilang, Remaja Ditahan Polis Buat Laporan Kena Samun !

loading...

Nak Elak Denda Jabatan Pendaftaran Negara Akibat IC Hilang, Remaja Ditahan Polis Buat Laporan Kena Samun





Seorang remaja lelaki ditahan kerana membuat laporan palsu kononnya disamun dua lelaki tidak dikenali ketika berjalan kaki di sebuah jejantas di Senai, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Razak Md Said berkata, remaja berusia 17 tahun itu membuat dakwaan berkenaan ketika membuat laporan di Balai Polis Senai pada 10.19 malam.
Beliau berkata, hasil siasatan polis mendapati kejadian samun itu tidak berlaku, sebaliknya pengadu membuat laporan palsu selepas mendapati dompetnya yang mengandungi kad pengenalan tercicir.
"Dia membuat laporan palsu untuk mengelak daripada didenda Jabatan Pendaftaran Negara," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Remaja itu, katanya mengaku membuat laporan palsu dan kini ditahan reman selama sehari sehingga esok.
Beliau berkata remaja itu akan dituduh mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Razak berkata sepanjang 2016, 42 laporan palsu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai dan daripada jumlah itu, 36 kes dituduh di mahkamah.
loading...

1 Response to "(VIRAL) Nak Elak Denda Jabatan Pendaftaran Negara Akibat IC Hilang, Remaja Ditahan Polis Buat Laporan Kena Samun !"

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close